Senarai Kesemua 55 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Senarai Kesemua 55 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mengikut Negeri Seluruh Malaysia



PENGENALAN

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.

MAKTLAMAT SMKA

  1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
  3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
  4. Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

OBJEKTIF

  1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
  2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
  3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
  4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
  5. Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah

FALSAFAH

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."

MISI

Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
  1. Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
  2. Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
  3. Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
  4. Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
  5. Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini
  6. Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar

KEISTIMEWAAN SMKA

  1. Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  2. Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  3. Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
  4. Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  5. Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

SENARAI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA

BIL
NEGERI
SEKOLAH
1 PERLIS SMKA Arau
2 PERLIS SMKA (P) Kangar
3 KEDAH SMKA Kedah
4 KEDAH SMKA Baling
5 KEDAH SMKA Sik
6 KEDAH SMKA Yan
7 PULAU PINANG SMKA (L) Al-Mashoor
8 PULAU PINANG SMKA (P) Al-Mashoor
9 PULAU PINANG SMKA Nibong Tebal
10 PULAU PINANG SMKA Al-Irsyad
11 KUALA LUMPUR SMKA Kuala Lumpur
12 NEGERI SEMBILAN SMKA Sheikh Haji Mohd Said
13 NEGERI SEMBILAN SMKA Pedas
14 PERAK SMKA Sultan Azlan Shah
15 PERAK SMKA Slim River
16 PERAK SMKA Kerian
17 SELANGOR SMKA Simpang Lima
18 SELANGOR SMKA Kuala Selangor
19 SELANGOR SMKA Maahad Hamidiah
20 MELAKA SMKA Sharifah Rodziah
21 MELAKA SMKA Sultan Muhammad
22 JOHOR SMKA Maahad Muar
23 JOHOR SMKA Segamat
24 JOHOR SMKA Johor Bahru
25 JOHOR SMKA Bandar Penawar
26 PAHANG SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
27 PAHANG SMKA Pahang
28 TERENGGANU SMKA Sheikh Abdul Malik
29 TERENGGANU SMKA Tok Jiring
30 TERENGGANU SMKA Wataniah
31 TERENGGANU SMKA Durian Guling
32 TERENGGANU SMKA Kuala Abang
33 TERENGGANU SMKA Nurul Ittifaq
34 KELANTAN SMKA Naim Lil Banat
35 KELANTAN SMKA Falahiah
36 KELANTAN SMKA Wataniah
37 KELANTAN SMKA Melor
38 KELANTAN SMKA Tangok
39 KELANTAN SMKA Lati
40 SABAH SMKA Tun Sakaran
41 SABAH SMKA Sandakan
42 SABAH SMKA Muhamad Ali Ranau
43 SABAH SMKA Inanam
44 SABAH SMKA Limauan
45 SABAH SMKA Kota Kinabalu
46 SABAH SMKA Tun Datu Mustapha
47 SABAH SMKA Tun Said
48 SARAWAK SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
49 SARAWAK SMKA Matang
50 SARAWAK SMKA Sibu
51 SARAWAK SMKA Miri
52 SARAWAK SMKA Tun Ahmad Zaidi
53 SARAWAK SMKA Limbang
54 SARAWAK SMKA Igan
55 SARAWAK SMKA Seri Aman

Post a Comment

Previous Post Next Post