Tempat Menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas

Tempat Menarik di Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas


Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang turut dikenali dengan nama KLCC merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.



Diinspirasi dari bentuk geometri yang ditemui dalam senibina Islam, bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, Cesar Pelli.

Terhampar di sebelah bangunan mega ini ialah taman cantik dan luas yang diberi nama Taman KLCC.

Tarikan lain di KLCC ialah Kompleks Beli-Belah Suria, Dewan Philharmonic Petronas, Petrosains, Galeri Seni Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di mana terletaknya Aquaria Oceanarium.




Panduan Perjalanan

1. Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Menara Berkembar Petronas terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Ia bersebelahan dengan Hotel Mandarin Oriental dan di hadapan Ascott.

2. Transit Aliran Ringan (LRT)
Stesen KLCC melalui laluan LRT PUTRA.


Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut
Layari Laman Web

Google Maps Menara Berkembar Petronas


Post a Comment

Previous Post Next Post