Lagu, Logo Dan Tema Hari Kebangsaan ke 63 dan 64 & Hari Malaysia 2020 dan 2021

Lagu, Logo Dan Tema Hari Merdeka ke 63 dan 64 & Hari Malaysia 2020 dan 2021


Tema Hari Kebangsaan Tahun 2021 sama seperti Tahun 2020 iaitu Malaysia Prihatin




Maksud dan Fakta Tema Hari Kebangsaan 2021 dan 2020





- 'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

- 'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

- 'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

- Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini.

- Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September).

- Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat.

- Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka, yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan.

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM 




Lagu Hari Kebangsaan @ Merdeka ke 63 dan 4 / Hari Malaysia 2020 dan 2021 ialah Lagu Malaysia Prihatin






Lirik Lagu Malaysia Prihatin (Lagu Rasmi Hari Kebangsaan @ Merdeka ke 63 dan 64 / Hari Malaysia 2020 dan 2021)

LIRIK LAGU MALAYSIA PRIHATIN

Malaysia Prihatin - Lagu Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020

Lagu dan Gubahan : Dato' Mokhzani
Lirik : El Sol Akhmad
Nyanyian : Kumpulan Koir PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia


Kedamaian milik kita bersama
Amanah bangsa junjung selamanya
Abadikanlah Jiwa dan ragamu
Teguh sinar cahaya satukan jiwa

Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapaikan
Agar gemilang mekar di persada
Satu langkah satu hati
Untukmu pertiwi

Di mana bumi dipijak
Di situ langit di junjung
Kita gunungkan semangat sejiwa

Walau di mana berada
Makmurnya seiringan
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan

Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan
Khidmat diberi dengan penuh rela

Tanah air yg tercinta
Namamu harum di puncak dunia

Payung mahkota teras pertiwi
Di Persada nan Gemilang



Sumber :
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157215615471237/

Post a Comment

Previous Post Next Post