Menteri KETSA Lancar Tarif Elektrik Hijau

Menteri KETSA Lancar Tarif Elektrik Hijau 


{tocify} $title={Senarai Kandungan}


KPI 100 Hari: Menteri KETSA Lancar Tarif Elektrik Hijau 




Pada pagi tadi, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan melancarkan Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET). 


Pelancaran GET ini merupakan antara sasaran yang ditetapkan untuk dicapai oleh Menteri KeTSA dalam Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri. 


Apa itu Tarif Elektrik Hijau? 

Ia adalah insiatif strategik Kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon mereka. 


Pelancaran GET ini turut membuktikan komitmen berterusan KeTSA dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai sasaran pelepasan Greenhouse Gas (GHG) bersih sifar seawal-awalnya pada tahun 2050. 


Bagaimana pelaksanaan GET.?

Pengguna yang melanggan GET akan dibekalkan dengan bekalan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dijana daripada loji jana kuasa solar dan hidro yang sedang beroperasi. Mereka juga akan mendapat sijil yang mengesahkan bahawa bekalan elektrik tersebut adalah bekalan elektrik daripada sumber TBB melalui sijil Malaysia Renewable Energy Certificates atau mREC® yang berdaftar dengan badan pensijilan antarabangsa. 


Pelanggan GET akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak 3.7 sen bagi setiap kiloWatt jam TBB yang dibeli melalui program ini. Hasil kutipan daripada penjualan GET akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan agenda dan inisiatif pembangunan TBB negara. 


Apa kelebihan GET.?

GET dapat membantu entiti perniagaan, pelabur dan organisasi yang beroperasi di Malaysia untuk memenuhi komitmen Environmental, Social & Governance atau ESG melalui penggunaan elektrik daripada sumber TBB. 

GET juga berupaya menarik kemasukan pelaburan baharu yang berkualiti serta bercirikan tenaga hijau yang mesra alam khususnya syarikat-syarikat RE100 yang telah menyatakan komitmen untuk beralih kepada 100% tenaga elektrik daripada sumber TBB seawal tahun 2030 hingga 2050.


Siapa yang telah menyatakan komitmen untuk menyertainya.?

a) KeTSA sendiri sebagai peneraju inisiatif dengan melanggan GET bagi membekalkan 31% keperluan bekalan elektrik di Wisma Sumber Asli daripada sumber TBB


b) Suruhanjaya Tenaga, SEDA Malaysia dan MyPOWER Corporation telah memberikan komitmen untuk melanggan GET bagi membolehkan mereka mendapat 100% bekalan elektrik daripada sumber TBB. 


c) 9 buah syarikat korporat terkemuka di Malaysia yang memberikan aku janji iaitu;

1. CIMB Bank Berhad

2. Dutch Lady Milk Industries Berhad

3. Gamuda Berhad

4. HSBC Amanah Malaysia Berhad

5. MCIS Insurance Berhad 

6. Nestlé (Malaysia) Berhad

7. Opensys (Malaysia) Berhad

8. Tenaga Nasional Berhad

9. Zurich General Insurance Malaysia Berhad


Bagaimana mahu melanggan GET.?

Pengguna yang berminat untuk melanggan GET boleh membuat pemohonan di laman sesawang TNB ataupun menghubungi Kedai-Kedai Tenaga TNB yang berhampiran.


Permohonan untuk melanggan bekalan elektrik daripada sumber TBB di bawah Program GET akan dibuka mulai 1 Disember 2021 dan pengguna-pengguna di bawah Program GET akan mula mendapat bekalan elektrik daripada TBB pada 1 Januari 2022. 


Dengan penawaran program baharu ini, Program myGreen+ yang telah diperkenalkan pada tahun 2020 akan ditamatkan.


Sumber :

https://www.facebook.com/1333302954/posts/10226823335752799/


Post a Comment

Previous Post Next Post