Tips Membuat Transaksi Bank Melalui Internet

Kali ni aku nak berkongsi tentang tips-tips untuk membuat transaksi perbankan secara online melalui Internet. Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan Online ialah Maybank2u, CIMB Click, RHB, Bank Muamalat dan sebagainya. Jika kita tak berhati-hati maka jadilah kita seperti sesetengah mangsa di mana akaun mereka berjaya dibolosi gara-gara kecuaian sendiri.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

1. Jangan sesekali memasukkan Username dan Password anda apabila diminta berbuat demikian di laman-laman yang tidak sah atau melalui email yang kononnya diminta oleh pihak bank. Anda hanya perlu memasukkan Username dan Password anda HANYA di laman web bank anda sahaja.

2. Jangan sesekali Copy dan Paste Username dan Password anda ke dalam ruangan di dalam laman web bank anda. Terutama sekali bagi mereka yang malas nak menaip, kadang-kadang mereka simpan Username dan Password mereka di dalam fail Word. Jadi apabila mereka nak login, mereka hanya Copy dan Paste. Sebenarnya tindakan tersebut bakal mengundang padah kerana terdapat skript/code yang boleh mengesan apa yang anda Copy dan Paste itu.

3. Selalu menukar Password.

4. Sebelum Login, cuba perhatikan gambar MANGGA KUNCI di sebelah bawah kanan bagi Mozilla Firefox atau di sebelah kanan address bar bagi Internet Explorer (kalau tak silap).
(Lihat gambar)




Kemudian cuba klik 2 kali kat Mangga tu, akan keluar pop up seperti gambar di bawah:


Biasanya bank-bank di Malaysia menggunakan kaedah keselamatan dari Verisign Trust Network. Di situ juga tertera nama bank tersebut. Kalau ada semua perkara di atas, laman web yang anda layari memang sah daripada bank tersebut.

5. Bersihkan cookies setelah selesai traksaksi online anda.
Bagi pengguna Mozilla Firefox pergi ke Menu Tools>Clear Private Data>Tandakan kotak Cookies, Cache, dan Authenticated Sessions dan klik button Clear Private Data Now

Bagi pengguna Internet Explorer, pergi ke Menu Tools>Internet Options>General>Lihat Browsing History>Klik butang Delete>Delete All

Itu saja!


LaYaNLaH!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post