Kalkulator Tabung Kahwin & Bajet Hantaran
Merancang perkahwinan memerlukan ketelitian bajet supaya tiada kos tersembunyi. Gunakan kalkulator ini untuk menyenaraikan kos satu persatu (Hantaran, Katering, dll) dan sistem akan mengira berapa simpanan bulanan yang anda perlukan.
📋 Senarai Semak Bajet (Checklist)
Masukkan anggaran bagi setiap kategori:
📊 Anggaran Nilai Hantaran (Panduan Umum)
*Berdasarkan pemerhatian semasa (Bukan penetapan rasmi)
❓ Soalan Lazim (FAQ) Bajet Kahwin
🔹 Berapakah nilai hantaran yang "Standard" di Malaysia?
Tiada nilai rasmi atau hukum yang menetapkan nilai hantaran. Namun, mengikut kebiasaan adat (market rate), ia sering dikaitkan dengan tahap pendidikan wanita (RM5k - RM20k). Paling penting adalah kemampuan pihak lelaki dan persetujuan bersama, bukan ikut cakap orang.
🔹 Apa jadi kalau simpanan bulanan terlalu tinggi?
Jika kalkulator menunjukkan anda perlu simpan jumlah yang tidak masuk akal (contoh: RM3,000 sebulan sedangkan gaji RM2,500), anda ada dua pilihan: Anjakkan tarikh majlis ke tahun hadapan untuk rendahkan komitmen bulanan, atau kurangkan bajet majlis (buat majlis kecil-kecilan).
🔹 Perlukah saya buat 'Personal Loan' untuk kahwin?
Sangat Tidak Digalakkan. Memulakan kehidupan suami isteri dengan hutang bank akan memberi tekanan kewangan yang besar di awal perkahwinan. Lebih baik bersabar mengumpul duit atau buat majlis mengikut kemampuan tunai yang ada.