Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Jan ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia.
Dalam satu kenyataannya, Angkasa berkata fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.
"Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa."
Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Jan ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Antara aktiviti pada hari berkenaan ialah tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan Tayangan Laser "The Legend of the Night Sky".
Orang ramai juga boleh menyaksikan Pameran Gerhana Matahari dan menyertai pelbagai aktiviti lain secara percuma menerusi Program Harian Gerhana Matahari Separa pada 20 hingga 30 Jan ini di tempat yang sama.
Menurutnya, tujuan menganjur program ini adalah untuk memberi pendedahan sekali gus menanam minat terhadap astronomi di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui laman web www.angkasa.gov.my.
Ihsan : Bernama
LaYaNLaH!!!

Tags:
Semasa