PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN : BANJIR

PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
APABILA BERLAKU BANJIR



LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

1. MENDENGAR ARAHAN GURU YANG BERADA DI DALAM KELAS.

2. JANGAN CEMAS DAN JANGAN PANIK. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI.

3. SEMUA SUIS ELEKTRIK HENDAKLAH DITUTUP BEGITU JUGA TINGKAP DAN PINTU.

4. SUSUN BUKU-BUKU DAN ALATAN DI TEMPAT YANG SELAMAT SEBELUM MENINGGALKAN KELAS.

5. BAWA BARANGAN PERIBADI YANG PERLU SAHAJA.

6. GURU MEMBERI ARAHAN KEPADA MURID SUPAYA BERATUR.

7. GURU AKAN MEMBERI ARAHAN SUPAYA BERJALAN DALAM BARISAN MENUJU KE TEMPAT YANG LEBIH SELAMAT.

8. MURID-MURID HENDAKLAH BERPINDAH KE TEMPAT TINGGI YANG LEBIH SELAMAT MENGIKUT ARAHAN GURU.

9. JANGAN BERLARI-LARI, MENJERIT-JERIT, MEMBUAT BISING, CEMAS DAN KELAM KABUT.

10. JANGAN MASUK SEMULA KE KELAS UNTUK MENGAMBIL BARANG YANG TERTINGGAL

11. MURID YANG BERADA DI LUAR KELAS, HENDAKLAH TERUS KE TEMPAT BERKUMPUL.

12. GURU KELAS HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA MURID DI DALAM KELASNYA SAMA DENGAN JUMLAH KEDATANGAN MURID PADA HARI ITU.

13. MELAPORKAN KEPADA PIHAK PENTADBIR/GURU JIKA BERLAKU SEBARANG INSIDEN YANG TIDAK DIINGINI.

14. SEMUA WARGA SEKOLAH DIWAJIBKAN BERADA DI TEMPAT YANG TELAH DI TETAPKAN.

15. MENDENGAR ARAHAN SELANJUTNYA DARI PIHAK GURU BESAR/GPK SATU/GPK HEM/PIHAK BOMBA.


LaYaNLaH!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post