Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak
Pengenalan
Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul.
Apakah jenis peralatan yang diperlukan?
Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak (rujuk jadual di bawah)Jenis-jenis peralatan :
Jenis | Golongan kanak-kanak | Gambar |
---|---|---|
Penitis berukuran dan picagari oral | Bayi dan kanak-kanak kecil – Ukur ubat pada paras mata dan beri dengan segera |
|
Sudu berdos | Kanak-kanak yang tidak boleh minum dari cawan |
|
Cawan ubat | Kanak-kanak yang boleh minum dari cawan |
|
Bagaimana memilih jenis persediaan?
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.Persediaan cecair.
- Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
- Cara pemberian
- Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
- Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
- Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
- Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
- Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
- Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.
- Panduan pemberian
- Campurkan ubat dengan puding.
- Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
- Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
- Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
- Kanak-kanak sekolah
- Panduan pemberian.
- Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
- Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa
Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda muntah?
Jika anak anda memuntahkan ubat:- Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
- Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.
Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
- Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat
- Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
Bagaimanakah cara melarutkan ubat?
- Ikut seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.
- Jika anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis.
LaYaNLaH!!!