Predictive Text / Smart Phone tidak dapat mengingat perkataan yang biasa ditaip
Pernah terjadi tak apabila Android Phone Samsung tiba-tiba tak dapat mengingat perkataan yang biasa kita gunakan apabila menaip mesej di dalam Whatsapp, Messenger atau SMS?
Kes ni biasa terjadi apabila kita menggunakan Samsung Keyboard dan fungsi Predictive Text tiba-tiba tidak dapat mengingat perkataan yang biasa kita gunakan ketika menaip.
Jika ia berlaku, mungkin tips ni boleh membantu anda:
1) Pergi ke Setting > Language and Input
2) Klik/Tekan Samsung Keyboard
3) Klik Predictive Text (Pastikan On)
4) Di dalam Predictive Text, klik Clear Personal Data
5) Di dalam Predictive Text, klik Learn From Messages dan Learn From Contacts
6) Cuba taip semula di dalam mana-mana aplikasi seperti Whatsapp samada telefon kita sudah mengingat semula perkataan yang biasa digunakan.
Itu sahaja! Selamat mencuba!
LaYaNLaH!!!