Kamus Bahasa Negeri Sembilan

Antagho perkataan bahaso nismilan yang mungkin ghamai tak tau. Banyak lagi. Tapi nia pun dah banyak. Selamat bolaja yo...


1. Angek – Panas
2. Angka – Nak demam
3. Baeh – Baling
4. Bajau – Tidak tinggal setempat
5. Baju Prat – Tshirt
6. Becompogho – Mandi dengan riang
7. Bedobau – Bunyi jatuh dalam air
8. Bega – Degil yang amat sangat
9. Begolek – Kenduri kahwin besar-besaran
10. Bejooh – Buat kerja ramai-ramai dengan riang ria
11. Bejoman – Menunggu lama
12. Bekelelong – Sakit sangat
13. Bekuak – Mengarahkan orang supaya ketepi
14. Belengkar – Tidur merata
15. Belolah – Berlari
16. Betandak – Berjoget
17. Biaweh – Jambu batu
18. Biak – Lopak air
19. Bincau – Kecoh sambil marah
20. Bincut – Bengkak kecil

21. Binga – Pekak
22. Bintat – Bekas gigitan serangga
23. Bobok – Masukkan orang dalam air secara paksa
24. Boda – Pukul
25. Boko – Bekalan “menyembah” sedara-mara (bagi yang baru kahwin)
26. Boleng – Tidak memakai baju
27. Bonda – Parit, Tali air
28. Bungkeh – Tercabut
29. Bungko – Bodoh
30. Cangap – Cabang hujung galah
31. Capar – Selipar
32. Cekadak – Ragam
33. Celait – Lampu suluh
34. Cemat – Merotan
35. Cembeng – Nak nangis
36. Ceme – Bintil pada mata / Sebelah mata jadi kecil
37. Ceneke – Menipu / Panjang akal
38. Cengkot – Menahan Sejuk
39. Cengkuit – Pengikut
40. Cibir – Menjelir lidah

 
41. Cogheng – Comot
42. Coghoh – Lumat
43. Cokau – Tangkap
44. Cucut – Sedut
45. Dengket – Cetek
46. Dengkot – Terhincut-hincut
47. Eden, Ese – Saya
48. Eleh – Manja
49. Entaher – Mengiyakan sesuatu
50. Gaduh – Risau
51. Gaha – Sental
52. Gahai – Rosak
53. Gewai – Hayun
54. Ghembat – Bergaduh
55. Ghobeh – Hujan renyai
56. Ghoman – Raut wajah
57. Godang – Besar
58. Godek – Kacau air
59. Gombeh – Mengada-ngada
60. Gombong – Sakit perut masuk angin

 
61. Gonyam – Gatal
62. Hobin – Bantai, Hentam
63. Hongeh, mongah – Penat
64. Jingang, tebeleghan – Hairan, terpinga-pinga
65. Jobo – Berlagak
66. Joghan – Serik
67. Joghih – Kerja sia-sia
68. Jokin – Yakin
69. Jongkeh – Ketawa terbahak-bahak / terkena kejutan elektrik
70. Kensal – Tuala
71. Kecoloan – Terlampau malu
72. Ketulahan – Badi
73. Kilit – Gelecek bola
74. Kobok – Ambil sesuatu ditempat yang dalam tanpa melihat
75. Komeh – Kemas
76. Kopai – Beg
77. Kopam – Hitam, kotor
78. Kudap, meghosit – Makan
79. Kuti – Cubit
80. Lecok – Coret

 
81. Lelan – Leka
82. Leweh – Lemah
83. Lobong, Gompong – Berlubang
84. Loncun – Basah kuyup
85. Locut – Baling
86. Logar – Menghantukkan kepala
87. Logeh – Hantuk
88. Longot – Hitam, Hangus
89. Lueh – Muntah
90. Lukuih – Basah kerana peluh
91. Lunggah – Langgar
92. Lutap – Luku
93. Mada – Sial/bodoh
94. Melahu – Merayau
95. Melampuh – Terlampau banyak
96. Melancur – Cirit-birit
97. Melangok – Melepak
98. Melansit, membuto – Tidur
99. Membese – Kencing
100. Mempulun – Jatuh
101. Membughan – Buang air besar
102. Menceghabih – Cakap tanpa henti
103. Mencieh – Berpeluh
104. Mencokik – Makan banyak
105. Mencucut – Menyedut
106. Mendosup, Mencanak – Lari lintang pukang
107. Menebeng – Duduk tepi tembok
108. Meneneng – Sakit berdenyut
109. Mengelintau – Mencari sesuatu
110. Mengendeng – Mengasak

 
111. Mengicak – Meminta-minta
112. Mengoca – Menangkap ikan dengan tangan
113. Mengonye – Mengunyah
114. Menguncah – Mengacau, mengganggu
115. Menonong – Berjalan tanpa peduli orang lain
116. Mentedaghah – Makan banyak
117. Menteneng – Kekenyangan
118. Menugheh – boleh harap buat sesuatu
119. Menyeleme – Menyelongkar
120. Mogun – termenung
121. Okap – Tamak
122. Ompuk – Kepunyaan / telah menjadi lembut
123. Ongap – Nafas
124. Ontok – Diam
125. Podulik ajab – Tidak mengambil endah
126. Peloso – Pemalas
127. Pembongak – Penipu
128. Pencolek Angek – Punca
129. Pengka – Kekok
130. Pengolan – Galah
131. Piuh – Pintal
132. Poghak – Kebun kecil
133. Poghan – para
134. Polak – Panas / Jemu
135. Pugeh – Main hentam
136. Sede – Lalai
137. Selemo – Selsema 
138. Selumat – Comot
139. Semonggah – Senonoh
140. Sempong –Tidak lurus
141. Sengkelet – Pukul
142. Sobu – Sakit perut
143. Songeh – Ragam

 
144. Sosah – Pukul
145. Sotai – Kertas yang hampir hancur
146. Taek – Sedap sangat
147. Taghah – Toreh
148. Tangair – sungai
149. Tebaghai – Berterabur
150. Tebelahak – Muntah
151. Tebok – Tanduk
152. Tejeluek – Termuntah
153. Tekighap – Tumpah
154. Tenok – Tanduk
155. Tiruk – Terjun Sungai
156. Tobek – Paya
157. Toboh – Tempat
158. Tongkar – Degil
159. Tuntung – Memasukan air dalam bekas

Post a Comment

Previous Post Next Post