Sayangi Malaysiaku Tema Merdeka ke 61 tahun 2018

Sayangi Malaysiaku Tema Merdeka Malaysia ke 61 tahun 2018


1. Tema Merdeka ke 61 tahun 2018

Sayangi Malaysiaku
“Sayangi Malaysiaku” menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bai memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.

2. Logo Merdeka Malaysia ke 61 Tahun 2018
 
3. Rasional Logo

" Logo ini menggambarkan simbol tiga orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.

Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warna adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri. "



4. Lagu Merdeka ke 61


KITA PUNYA MALAYSIA
PENYANYI : BUNKFACE
LIRIK DAN LAGU : SAM BUNKFACE


31 Bulan 8, 57 ,
Perjuangkan pertahankan tanah airku,
Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan (Merdeka),
Bangkit semua demi negara,
Selamanya,

Kita Merdeka,
Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysiaku,
Tanah Airku, (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku,
Sayangi Malaysia,
Satu Suara Laungkan, (Merdeka)

Jangan lemah bangunlah,
Buat baru semula,
Percayalah hari ini,
Kita punya,
Impian aku gemilang baru,
Satu suara laungkan, (Merdeka)
Bangkit semua demi negara,
Selamanya,

Post a Comment

Previous Post Next Post