Penghasilan Sabun Aleppo secara tradisional

Penghasilan Sabun Aleppo (Sabun Pearl) secara tradisional



Sabun Pearl dihasilkan secara turun-temurun dengan menggunakan kaedah tradisional. Ia dihasilkan menggunakan buah olive yang dikisar untuk mendapatkan minyaknya.

Minyak ini kemudiannya dicampur bersama sebatian lain dan dimasak selama 3 hari.  campuran ini kemudiannya dituangkan di atas kertas lilin yang lebar dan dibiarkan beku.

Selepas itu proses pemotongan mengambil tempat di mana sabun yang telah beku dipotong secara tradisional dengan alat khas dan dicop dengan logo syarikat menggunakan tangan.

Sabun ini kemudiannya disusun dalam bentuk piramid dan disimpan di dalam gudang selama 6 bulan sebelum ianya dijual.

Post a Comment

Previous Post Next Post