Terkini Dividen Dan Bonus ASB2 2019

Terkini Dividen Dan Bonus ASB2 Tahun 2019

 


ASB2 merupakan satu lagi pelaburan di bawah Permodalan Nasional Berhad. ASB2 mula diperkenalkan pada tahun 2015.

Tahun kewangan ASB2 berakhir pada 31 Mac setiap tahun. Sejak 2015, ASB2 telah memberikan dividen yang baik dan konsisten.

Bagi mereka yang telah mempunyai pelaburan ASB maksimum RM200,000 bolehlah mempertimbangkan untuk meneruskan pelaburan di dalam ASB 2.

Di bawah ialah Sejarah Dividen dan Bonus ASB2 semenjak 2015-2019

* Kemaskini 28 Mac 2019 - dividen ASB2 2019 baru sahaja diumumkan pada hari ini iaitu sebanyak 6 sen seunit. 

Ini bermaksud sekiranya anda mempunyai simpanan sebanyak RM1000 maka dividennya sebanyak RM60.

Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac Dividen (Sen seunit) Bonus (Sen seunit) Total (sen)
Dividen dan Bonus ASB2 2019 6.00
(Baru diumumkan pada 28 Mac 2019
0 6.00
Dividen dan Bonus ASB2 2018 6.75 0 6.75
Dividen dan Bonus ASB2 2017 6.50 0 6.50
Dividen dan Bonus ASB2 2016 7.05 0 7.05
Dividen dan Bonus ASB2 2015 7.50 0.25 7.75

Daripada jadual di atas, keuntungan tertinggi ASB2 ialah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 7.75 sen seunit di mana Dividen ASB2 2015 ialah 7.50 sen seunit dan Bonus ASB2 2015 ialah 0.25 sen seunit.

Baca Juga : Senarai Cawangan ASNB Seluruh Malaysia



Post a Comment

Previous Post Next Post