Tutorial Import Murid Secara Pukal DCS 2018

Tutorial Import Murid Secara Pukal untuk DCS 2018 (Digital Competency Score)


Ikuti langkah berikut untuk muat naik nama murid secara pukal tanpa perlu taip satu persatu.
Perkara yang cikgu perlu ada ialah data murid tahun 6 beserta kad pengenalan. Boleh diperolehi daripada APDM.


1. Login akaun guru kelas DCS dan klik Student Management


2. Cipta Kelas dengan klik Create New Class

3. Taipkan nama kelas dan klik butang Create

4.Selepas kelas dicipta klik butang Student (0). Pada masa ini bilangan murid masih 0

5. Di dalam Student List, klik Excel Sample untuk muat turun format fail bagi memasukkan senarai nama murid kita.

6. Save File student-sample.csv ke dalam komputer anda.

7. Buka fail student-sample.csv menggunakan Microsoft Excel. Terdapat data contoh di dalam fail tersebut.

8. Copy dan Paste nama murid dan kad pengenalan ke dalam ruangan yang berkaitan.

9. Selepas Paste, pastikan memilih format seperti di dalam bulatan di bawah supaya format teks dan nombor sama dengan format fail  student-sample.csv. Save fail ini.

 10. Klik Import Students Excel dan pilih fail student-sample.csv yang telah anda save tadi.

11. Tadaaa... semua nama murid telah masuk di dalam DCS tanpa perlu menaip. 

Selamat mencuba :)

2 Comments

Previous Post Next Post