Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2019

Download / Muat Turun Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019


Sudah pastinya kita ternanti-nanti bilakah bayaran gaji bagi kakitangan awam pada tahun 2019.

Almaklumlah untuk mengurus perbelanjaan pastinya kita perlu merancang kewangan dengan sebaik-baiknya.

Berikut ialah jadual tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan awam seluruh Malaysia pada tahun 2019 daripada bulan Januari 2019 hingga bulan Disember 2019.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

     Bulan Tarikh Hari Catatan 
     Januari 24.01.2019 Khamis  -
     Februari  25.02.2019 Isnin Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu)
     Mac  25.03.2019 Isnin 
     April 25.04.2019 Khamis -
     Mei 23.05.2019 Khamis Hari Pesta Keaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat)
     Jun 25.06.2019 Selasa Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad)
Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)
     Julai 25.07.2019 Khamis -
     Ogos 22.08.2019 Khamis Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad)
     September 25.09.2019 Rabu -
     Oktober 17.10.2019 Khamis Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad)
     November 25.11.2019 Isnin
     Disember 18.12.2019 Rabu Hari Krismas 25 Disember 2019 (Rabu)


Download / Muat Turun Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019 versi JPG


Download / Muat Turun Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019 versi pdf






Analisis Selang Masa Tarikh Pembayaran Gaji Sepanjang 2019


Bagaimana pula dengan selang masa gaji antara 2 bulan sepanjang tahun 2019? Berikut ialah tempoh masa pembayaran gaji di antara 2 bulan:

18 Disember 2018 - 24 Januari 2019 - 37 hari
24 Januari 2019 - 25 Februari 2019 - 32 hari
25 Februari 2019 - 25 Mac 2019 - 28 hari
25 Mac 2019 - 25 April 2019 - 31 hari
25 April 2019 - 23 Mei 2019 - 28 hari
23 Mei 2019 - 25 Jun 2019 - 33 hari
25 Jun 2019 - 25 Julai 2019 - 30 hari
25 Julai 2019 - 22 Ogos 2019 - 28 hari
22 Ogos 2019 - 25 September 2019 - 34 hari
25 September 2019 - 17 Oktober 2019 - 22 hari
17 Oktober 2019 - 25 November 2019 - 39 hari
25 November 2019 - 18 Disember 2019 - 23 hari


Daripada senarai di atas, selang masa pembayaran gaji yang paling lama ialah pada bulan November 2019 iaitu 39 hari, diikuti bulan Januari 2019 sebanyak 37 hari dan September 2019 sebanyak 34 hari.

Manakala selang masa pembayaran gaji yang paling cepat ialah pada bulan Oktober 2019 sebanyak 22 hari dan Disember 2019 iaitu 23 hari.

Selamat merancang perbelanjaan untuk tahun 2019!

1 Comments

Previous Post Next Post