Terkini Dividen KWSP 2018

Kadar Dividen KWSP Tahun 2018

Latar Belakang KWSP


KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Dividen KWSP


Dividen Simpanan Konvensional

KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah). KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen Simpanan Shariah

Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP yang diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum. Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah di mana Lembaga KWSP dilantik dan diamanahkan untuk bertindak bagi pihak ahli untuk menguruskan dan melaburkan simpanan ahli mengikut Syariah.

Kadar Dividen KWSP Tahun 1952-2018

Kadar dividen KWSP 2018 telah diumumkan pada 16 Februari 2019. Dividen KWSP 2018 bagi Simpanan Shariah ialah 5.90 peratus manakala Dividen KWSP bagi Simpanan Konvensional ialah 6.15 peratus.

Prestasi dividen KWSP semenjak tahun 1952 ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

Tahun
          Peratus             (Simpanan Shariah)
        Peratus            (Simpanan Konvensional)
2018
5.90
6.15
2017
6.40
6.90
2016
-
5.70
2015
-
6.40
2014
-
6.75
2013
-
6.35
2012
-
6.15
2011
-
6.00
2010
-
5.80
2009
-
5.65
2008
-
4.50
2007
-
5.80
2006
-
5.15
2005
-
5.00
2004
-
4.75
2003
-
4.50
2002
-
4.25
2001
-
5.00
2000
-
6.00
1999
-
6.84
1997 - 1998
-
6.70
1996
-
7.70
1995
-
7.50
1988 - 1994
-
8.00
1983 - 1987
-
8.50
1980 - 1982
-
8.00
1979
-
7.25
1976 - 1978
-
7.00
1974 - 1975
-
6.60
1972 - 1973
-
5.85
1971
-
5.80
1968 - 1970
-
5.75
1965 - 1967
-
5.50
1964
-
5.25
1963
-
5.00
1960 - 1962
-
4.00
1952 - 1959
-
2.50


Post a Comment

Previous Post Next Post