Senarai 21 Pelepasan Cukai 2018 untuk e-Filing 2019

Senarai 21 Pelepasan Cukai bagi Tahun Taksiran 2018 untuk e-Filing LHDN 2019



1) Individu dan saudara tanggungan
Amaun Pelepasan : RM 9000


2) Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Ibu dan Bapa Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
Amaun Pelepasan : RM 5,000 (Terhad) ATAU RM 3,000 (Terhad)


3) Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
Amaun Pelepasan : 6,000 (Terhad)


4) Individu kurang upaya
Amaun Pelepasan : RM 6000


5) Yuran pengajian (Sendiri) : (i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; (ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
Amaun Pelepasan : RM 7,000 (Terhad)


6) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
Amaun Pelepasan : RM 6,000 (Terhad)


7) Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)
Amaun Pelepasan :


8) Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi: (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang); (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan); (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan (iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Amaun Pelepasan : RM 2,500 (Terhad)


9) Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
Amaun Pelepasan : RM 1,000 (Terhad)


10) Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
Amaun Pelepasan : RM 1,000 (Terhad)


11) Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)
Amaun Pelepasan : RM 6,000 (Terhad)


12) Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
Amaun Pelepasan : RM 4,000 (Terhad)


13) Suami / Isteri kurang upaya
Amaun Pelepasan : RM 3500


14) Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun
Amaun Pelepasan : RM 2000


15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
Amaun Pelepasan : RM 2000


16) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau (ii) berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Amaun Pelepasan : RM 8000


17) Anak Kurang upaya
Amaun Pelepasan : RM 6000


) Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Amaun Pelepasan : RM 8000


18) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
Amaun Pelepasan : RM 6,000 (Terhad)


19) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
Amaun Pelepasan : RM 3,000 (Terhad)


20) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
Amaun Pelepasan : RM 3,000 (Terhad)


21) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Amaun Pelepasan : RM 250 (Terhad)


Post a Comment

Previous Post Next Post