Terkini Dividen Dan Bonus ASB2 2020

Terkini Dividen Dan Bonus ASB2 Tahun 2020

 


ASB2 merupakan satu lagi pelaburan di bawah Permodalan Nasional Berhad. ASB2 mula diperkenalkan pada tahun 2015.

Tahun kewangan ASB2 berakhir pada 31 Mac setiap tahun. Sejak 2015, ASB2 telah memberikan dividen yang baik dan konsisten.

Bagi mereka yang telah mempunyai pelaburan ASB maksimum RM200,000 bolehlah mempertimbangkan untuk meneruskan pelaburan di dalam ASB 2.

Di bawah ialah Sejarah Dividen dan Bonus ASB2 semenjak 2015-2020

Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac Dividen (Sen seunit) Bonus (Sen seunit) Total (sen)
Dividen dan Bonus ASB2 2020 4.75
(Diumumkan pada 30 Mac 2020)
0 4.75
Dividen dan Bonus ASB2 2019 6.00
(Diumumkan pada 28 Mac 2019)
0 6.00
Dividen dan Bonus ASB2 2018 6.75 0 6.75
Dividen dan Bonus ASB2 2017 6.50 0 6.50
Dividen dan Bonus ASB2 2016 7.05 0 7.05
Dividen dan Bonus ASB2 2015 7.50 0.25 7.75

Daripada jadual di atas, keuntungan tertinggi ASB2 ialah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 7.75 sen seunit di mana Dividen ASB2 2015 ialah 7.50 sen seunit dan Bonus ASB2 2015 ialah 0.25 sen seunit.


MAKLUMAT TABUNG ASB 2


Nama Tabung

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)

Tarikh Pelancaran

2 April 2014

Objektif Pelaburan

Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.

Pelabur Sasaran

Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:
  • Memahami risiko dan pulangan pelaburan
  • Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadar pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Securities, MGS) 5-Tahun

Kelayakan

Bumiputera
  • Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas)
  • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak Bumiputera yang berumur 18 tahun ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah)

Pengurus Pelaburan

Permodalan Nasional Berhad

Tahun Kewangan Berakhir

31 Mac

Baca Juga : Senarai Cawangan ASNB Seluruh Malaysia



3 Comments

Previous Post Next Post