Hibah Tabung Haji 2018

Hibah / Dividen / Bonus Tabung Haji 2018





Akhirnya rasmi sudah Hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir Disember 2018 iaitu sebanyak 1.25%. Mungkin ada yang memanggil ia sebagai dividen atau bonus. Bagi Tabung Haji, istilah yang digunakan ialah Hibah.


Penerangan Tentang Hibah Tabung Haji

Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah tidak wajib dibayar oleh TH. Walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai “‘urf” (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah. Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih.

Pemberian dan cara hibah TH dilakukan adalah seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, Sekyen 22 (1) & (2):

Seksyen 22;
(1)   Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

(2)   Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.

Sejak ditubuhkan, TH sentiasa berusaha memberi Hibah Tahunan kepada para pendeposit kami. TH turut memberi tambahan hibah khas kepada para pendeposit sempena peristiwa-peristiwa istimewa seperti Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 (2007), Ulangtahun ke-50 TH (2012) dan Hibah Haji (2013-2017).

Prestasi Hibah Tabung Haji Semenjak 1994

Jadual di bawah menunjukkan prestasi hibah Tabung Haji 1994-2018


Cara Pengiraan Hibah TH

Hibah Tahunan (1.25%)    

Akaun Pendeposit TH Aktif

Kiraan:

Dikira berdasarkan purata baki minima bulanan sepanjang tahun 2018

(Baki minima Jan+Feb+Mac+Apr+Mei+Jun+Jul+Ogo+Sep+Okt+Nov+Dis) /12 X 1.25%



Post a Comment

Previous Post Next Post