Panduan Menyemak Keputusan BSN SSP (SIJIL SIMPANAN PREMIUM) 2019
Anda boleh menyemak keputusan cabutan BSN SSP melalui cara-cara berikut:
Melalui Perbankan Internet myBSN
| » | Kunjungi www.mybsn.com.my |
| » | Pergi ke Menu Perbankan Islam dan skrol ke Simpanan. Klik padanya. |
| » | Skrol ke BSN Sijil Simpanan Premium. Di bawah bahagian ini, anda akan nampak sub menu 'Semak Keputusan SSP'. Klik padanya. |
| » | Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Sijil BSN SSP dan kemudian klik 'Hantar'. |
| » | Anda akan menerima mesej yang menyatakan sama ada anda menang atau tidak. |
Melalui Cawangan / Kaunter BSN
| » | Singgah di mana-mana kaunter BSN dan semak dengan pegawai kami yang mesra. |
Melalui Facebook BSN (FB)
| » | Kunjungi www.facebook.com/bsnmalaysia |
| Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai kami di talian 03-21623222 Samb. 12627 / 12620 / 12609. | |
