Download / Muat Turun Bahan Lengkap Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Sekolah
Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap KBAT dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik. Konsep pelaksanaan KBAT ini digariskan dalam buku KBAT Inistiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah.
Terdapat 7 Elemen membudayaan KBAT di sekolah iaitu:
Elemen Utama KBAT :
Elemen Sokongan KBAT :
- Elemen KBAT dalam Kokurikulum
- Elemen KBAT dalam Sokongan Komuniti dan Swasta
- Elemen KBAT dalam Bina Upaya
- Elemen KBAT dalam Sumber
KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid bukan hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dengan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta seperti mana yang terdapat dalam buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah.