Guru SMJK Heng Ee, Pulau Pinang menang Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS 2019


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Let’s Write! Be Creative with English dengan bertemakan "Mutual Respect, Love, Happiness within the Teaching and Learning Environment" berlangsung hari ini. Ia telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  di Putrajaya pagi tadi.

Sebanyak 214 penyertaan telah diterima sepanjang pertandingan yang berlangsung dari 6 Mei hingga 10 Jun 2019 lalu.

Pertandingan diadakan bertepatan dengan visi dan aspirasi KPM.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato' Dr Gazali berkata, usaha Kementerian begitu jelas iaitu untuk membina budaya penulisan dalam kalangan guru kerana guru merupakan pemangkin ke arah membentuk penulis-penulis yang mahir.

"Hal ini sekali gus dapat menggalakkan para pelajar untuk melihat sendiri bahawa budaya penulisan ini bukanlah tugas yang sukar untuk dilaksanakan.

"KPM juga mahu para guru melihat diri mereka sebagai agen perubahan, bukan hanya di sekolah semata-mata, malah untuk berkongsi amalan terbaik mereka kepada pendidik lain di seluruh dunia," tambah beliau.

Tempat pertama pertandingan menulis esei ini dimenangi oleh Puan Teh Huijia, guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, Pulau Pinang, membawa pulang wang bernilai RM5,000.00. Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi oleh Puan Sarala Thulasi Palpanadan, pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan menerima hadiah RM3,000.00 dan tempat ketiga pula oleh Encik Mohamad Faiz Mohamad Shakri, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang, Kelantan dengan membawa pulang wang berjumlah RM1,000.00.

Sepuluh orang merima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM500.00. Mereka terdiri daripada Puan Grace Phan Yiing Ling (SM Tinggi Kota Kinabalu, Sabah); Puan Tan Pei Nee (SMJK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak); Encik Mohana Ram Murugiah (SMK Perempuan Methodist Ipoh, Perak); Puan Flora Tan Phek Yee (SK Astana, Kuching, Sarawak); Puan Beatrise Fernandez A.M. Fernandez (SMK Telok Panglima Garang, Selangor); Puan Emily Neoh Gaik Kin (SMK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor); Puan Nur Aisyah Chuah Jia Ni (Institut Pendidikan Guru Malaysia); Puan J. Yasodhara Menon (Universiti Malaya); Puan Azia Farzana Binti Badduwie (SK Sungai Sebatu, Subis, Sarawak) dan Puan Tan Shu Hwa (SMK St. Teresa, Kuching, Sarawak.

YBhg. Dato' Dr. Gazali turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana sudi berkongsi penulisan yang menarik dan berharap agar pertandingan ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua syarikat yang berganding menjayakan program ini.

Hadir sama YBhg. Dato' Sulaiman Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Professionalisme Keguruan), KPM dan YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), KPM.


Post a Comment

Previous Post Next Post