KAEDAH PENYUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI PELBAGAI MAJLIS MENGIKUT AMALAN PROTOKOL
Prinsip-Prinsip Penyusunan Tempat Duduk
Tetamu yang paling hampir sekali dengan tetamu kehormat adalah tetamu yang terkanan sekali. Kedudukan tersebut boleh dalam keadaan bersebelahan ataupun setentang.
Rajah 1.1 merupakan bentuk susunan tempat duduk secara sebaris di mana tetamu kehormat bersebelahan dengan tetamu lain. Dalam keadaan ini, tetamu yang duduk di sebelah kanan tetamu kehormat merupakan tetamu yang paling kanan sekali selepas tetamu kehormat
Rajah 1.2 menunjukkan bilangan (1) ialah tetamu kehormat manakala bilangan (4) hingga seterusnya merupakan tetamu yang lain. Tetamu di bilangan (4) dan (5) ialah tetamu yang terkanan duduk bersetentangandengan tetamu kehormat kerana kedudukan yang palinghampir dengan tetamu kehormat selepas bilangan (2) dan (3).
Rajah 1.3 menunjukkan bahawa bilangan (1) ialah tetamu kehormat dan bilangan (2) hingga (5) ialah tetamu yang duduk di pentas khas manakala bilangan (6) hingga (11) ialah tetamu yang lain. Kedudukan ini adalah seiring. Bilangan (6) dan (7) ialah tetamu yang terkanan selepas tetamu bilangan (4) dan (5) kerana mereka duduk berhampiran dengan tetamu kehormat walaupun secara mengiring.
Rajah 1.4 menunjukkan bahawa kekananan bermula dari kiri tetamu kehormat kerana jumalah bilangan tetamu di pentas ialah angka genap. Jumlahbilangan tetamu di pentas khas hendaklah dihadkan kepada mereka yang berkaitan dengan majlis yang berkenaan sahaja kecuali jika terdapat tetamu yang teramat tinggi statusnya. Bilangan yang kecil membolehkan majlis memberi perhatian dan penghormatan yang sewajarnya kepada tetamu kehormat.
Rajah 1.5 menunjukkan semua isteri duduk dalam deretan sebelah kiri manakala semua suami duduk dalam deretan sebelah kanan. Bagi jemputan suami isteri, bilangan tetamu di pentas khas hendaklah angka genap misalnya 4, 6, 8.
Rajah 1.6 menunjukkan keadaan di mana tetamu bilangan (2) ialah perempuan dan kerana jemputan di atas namanya, maka suaminya duduk di dereran isteri tetamu lain. Ini menunjukkan bahawa status isterinya pada masa itu lebih tinggi daripada suaminya.
Rajah 1.7 menunjukkan susunan keutamaan bagi tetamu lain bermula dari kanan tetamu kehormat kemudian ke kiri iaitu di Blok B, ke kanan, ke kiri dan seterusnya. Ini adalah jemputan seorang sahaja dan dengan itu tempat duduk tersebut bercampur lelaki dan perempuan, mengikut keutamaan masing-masing.
Rajah 1.8 menunjukkan bahawa semua suami atau yang dijemput duduk di sebelah Blok A manakalaisteri (atau pasangannya) duduk di Blok B. Susunan keutamaan isteri mengikut susunan keutamaan suami dan susunan keutamaan suami mengikut susunan keutamaan isteri masing-masing yang tinggi.
Rajah 1.9 menunjukkan jemputan suami isteri, susunan tempat duduk boleh juga dibuat dengan cara isteri duduk di sebelah suami masing-masing. Ini ialah bagi memudahkan penyambut tetamu mengiringi mereka ke tempat duduk dan juga apabila selesai majlis isteri tidak akan mencari-cari suaminya. Walau bagaimanapun, ini ialah bagi tetamu yang tidak duduk di pentas. Di Blok A (sebelah kanan tetamu kehormat, dipandang dari ataspentas) isteri duduk di sebelah kiri suami manakala merek aynag duduk di Blok B, isteri akan duduk di sebelah kanan suami. Elakkan perempuan duduk di tepi lorong tengah, tetapi mereka boleh duduk di hujung barisan, di kiri ataupun kanan.
Muat Turun / Download fail KAEDAH PENYUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI PELBAGAI MAJLIS MENGIKUT AMALAN PROTOKOL format PDF