Maksud Jawatan Luar Norma & Jawatan Yang Terlibat

Penerangan Lengkap Tentang Maksud Jawatan Luar Norma, Jawatan Di dalam Norma dan Jawatan Apakah Yang Terlibat






Apakah yang dimaksudkan dengan jawatan di Dalam Norma dan Jawatan di Luar Norma?


Jawapan:
Jawatan di Dalam Norma ialah jawatan yang diwujudkan berdasarkan kepada Norma (formula perkiraan) yang dipersetujui oleh Agensi Pusat. Contohnya, jawatan Guru Akademik di sekolah diwujudkan dengan formula 1.7n iaitu 1.7 orang guru bagi satu kelas yang dibuka (n ialah bilangan kelas).

Manakala jawatan di Luar Norma ialah jawatan yang diwujudkan secara tetap (over and above) tanpa bergantung kepada perubahan dalam norma dan merupakan jawatan hakiki mengikut gred jawatan berdasarkan spesifikasi tugas yang ditetapkan. Contohnya jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

Norma Perjawatan Jawatan Luar Norma bermaksud Jawatan yang diperuntukkan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik di sesebuah sekolah. Seperti Jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan Jawatan Luar Norma.

Manakala yang lain termasuk GPK berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya. Manakala jawatan dalam norma bermaksud guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kuota Guru Akademik seperti Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam.

NORMA PERJAWATAN


Mencadangkan norma perjawatan yang bersesuaian sebagai sokongan permohonan.

Definisi Norma Perjawatan: Garis panduan/ standard/ indikator yang diguna pakai untuk menentukan keperluan jawatan.
Contoh:
–    Kolej Kediaman dengan kapasiti 500 pelajar, tempatkan Penolong Pengurus Asrama, N27
–    Kolej Kediaman dengan kapasiti melebihi 1000 pelajar, tempatkan Pengurus Asrama, N41
–    Maka, berdasarkan prinsip relativiti dan pariti, pewujudan jawatan Pengurus Asrama, N44 boleh dilakukan dengan penempatan pegawai di pentadbiran pusat (tanpa mengira bilangan kolej kediaman



Post a Comment

Previous Post Next Post