Maksud Kod / Gred Perkhidmatan F Penjawat Awam

Maksud Kod / Gred Perkhidmatan F bagi Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan

Fungsi Umum

Perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam tugas-tugas pembangunan sistem maklumat, analisis, prosesan dan penstoran data berkomputer.

Fungsi Utama

1 .     Membangunkan sistem maklumat pengurusan berkomputer mengikut keperluan agensi-agensi;
2 .     Merangka program-program perisian dan pengoperasian komputer;
3 .     Berfungsi untuk memasukkan maklumat ke dalam bank data dan bertanggungjawab atas keselamatan data-data;
4 .     Bertanggungjawab dalam urusan penyelenggaraan sistem komputer;
5 .     Memproses data dan mengeluarkan maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki oleh pengguna; dan
6 .     Menjalankan kajian keperluan penggunaan komputer dan khidmat kepakaran dengannya bagi agensi-agensi kerajaan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi F :



Pegawai Teknologi Maklumat

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : F - SISTEM MAKLUMAT
GRED : F41, F44, F48, F52, F54
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pengurusan dan Profesional


Juruteknik Komputer

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : F - SISTEM MAKLUMAT
GRED : FT19, FT22, FT26, FT28
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana


Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : F - SISTEM MAKLUMAT
GRED : FA29, FA32, FA38, FA40
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana


Post a Comment

Previous Post Next Post