Maksud Kod / Gred Perkhidmatan M Penjawat Awam

Maksud Kod / Gred Perkhidmatan M bagi Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan

Fungsi Umum

Perkhidmatan utama yang bertanggungjawab dalam penggubalan, perancangan dan pengawalan pelaksanaan dasar-dasar awam dan perhubungan antarabangsa.

Fungsi Utama

1 .     Menggubal dasar-dasar awam;
2 .     Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaan program dan projek awam serta menilai keberkesanan program dan kemajuan projek awam;
3 .     Menerajui keseluruhan jentera perkhidmatan awam;
4 .     Memberi khidmat kepakaran dalam perkhidmatan awam;
5 .     Memulihkan organisasi yang telah menjadi lemah dan tidak lagi berkesan;
6 .     Mengenal pasti masalah organisasi dan menentukan kaedah penyelesaian; dan
7 .     Membuat keputusan berdasar kepada kuasa-kuasa dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi M :



Pegawai Tadbir dan Diplomatik

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : M - TADBIR DAN DIPLOMATIK
GRED : M41, M44, M48, M52, M54
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pengurusan dan Profesional


Post a Comment

Previous Post Next Post