Maksud Kod / Gred Perkhidmatan Q bagi Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan
Fungsi UmumPerkhidmatan-perkhidmatan berasaskan sains tulin yang fungsinya bertanggungjawab dalam penyelidikan asas dan gunaan ke arah pembangunan teknologi dan ciptaan-ciptaan baru.
Fungsi Utama
1 . Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan penemuan baru;
2 . Menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan kualiti ciptaan yang sedia ada;
3 . Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran;
4 . Menilai dan menentukan hasil penyelidikan itu dapat digunakan untuk tujuan pembangunan; dan
5 . Menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan.
Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi Q :
Pegawai Penyelidik
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Q - PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANGRED : Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pengurusan dan Profesional
Penolong Pegawai Penyelidik
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Q - PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANGRED : Q29, Q32, Q36, Q40
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana
Pembantu Penyelidik
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Q - PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANGRED : Q19, Q22, Q26, Q28
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana
Tags:
Perkhidmatan Awam