Maksud Kod / Gred Perkhidmatan T bagi Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan
Fungsi UmumPerkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang pengurusan Zon Maritim Malaysia (pengoperasian dan penguatkuasaan).
Fungsi Utama
1 . Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia;
2 . Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat;
3 . Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan;
4 . Memberikan bantuan berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar;
5 . Melaksanakan pengawasan udara dan pantai;
6 . Mengawal dan mencegah pencemaran maritim; dan
7 . Mencegah dan menyekat aktiviti pelanunan serta pengedaran dadah narkotik secara
haram.
Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi T :
Pegawai Penguat Kuasa Maritim
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : T - PENGUATKUASAAN MARITIMGRED : T13, T14, T16, T18, T20, T22, T24
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pengurusan dan Profesional
Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : T - PENGUATKUASAAN MARITIMGRED : T1, T2, T4, T5/6, T8, T10, T12
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Bersepadu
Tags:
Perkhidmatan Awam