Maksud Kod / Gred Perkhidmatan Y Penjawat Awam

Maksud Kod / Gred Perkhidmatan Y bagi Penjawat Awam atau Kakitangan Kerajaan

Fungsi Umum

Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam.

Fungsi Utama

1 .     Melaksanakan semua dasar-dasar bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara;
2 .     Mengurus, melaksana dan menguatkuasa undang-undang dan mengekal keamanan dan keselamatan negara; dan
3 .     Menguatkuasakan undang-undang dan akta-akta yang berkaitan dengan keselamatan.

Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi Y :



Pegawai Kanan Polis

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Y - POLIS
GRED : YA13, YA16, YA18, YA20, YA22, YA24
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pengurusan dan Profesional


Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Y - POLIS
GRED : YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana


Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Y - POLIS
GRED : YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Pelaksana


Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Y - POLIS
GRED : YA1, YA2, YA4, YA5/6, YA8, YA10
KUMPULAN PERKHIDMATAN / JENIS SKIM PERKHIDMATAN :
Bersepadu


Post a Comment

Previous Post Next Post