Maksud label TARIKH LUPUT dan BAIK SEBELUM pada Bungkusan Makanan

Apakah Maksud label TARIKH LUPUT dan BAIK SEBELUM pada Bungkusan Makanan?




Sebagai pengguna, kerap kali kita dikelirukan dengan label makanan yang ada ‘’ BAIK SEBELUM’’ VS ‘’ TARIK LUPUT ’’. Kenapa ada beberapa makanan dilabel dengan ‘’BAIK SEBELUM’’ dan bukannya ‘’ TARIKH LUPUT’’. Disebabkan ada kekeliruan dalam hal ini banyak makanan telah dibuang oleh pengguna kita sendiri walaupun makanan itu masih elok untuk dimakan.

Apakah maksud Label ‘’ BAIK SEBELUM’’ ?


Menujukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, kemungkinan produk itu kehilangan atau kekurangan kesegaran, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada rupa bentuk produk tersebut sama ada ia ada perubahan warna, ada pertumbuhan kulat atau berbau masam atau kurang enak.

Apakah maksud Label ‘’TARIKH LUPUT & GUNA SEBELUM’’ ?


Tarikh akhir produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak yang tidak perlu simpan lama seperti kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel ‘’BAIK SEBELUM atau TARIKH LUPUT’’ pengguna perlu buang serta merta makanan tersebut selepas tarikh yang dinyatakan.

Sumber Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Melaka

Post a Comment

Previous Post Next Post