Maksud Lambang Dan Warna Pada Bendera Malaysia

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA MALAYSIA


Setiap lambang dan warna yang terdapat pada Bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu.

  • Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains serta teknologi moden.
  • Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
  • Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
  • Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
  • Warna putih pula melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.

PANDUAN WARNA BENDERA DAN BANNER BERDASARKAN PANTONE MATCHING SYSTEM ( PMS )




Post a Comment

Previous Post Next Post