Lagi laporan polis dibuat ibu terhadap guru hukum anaknya tulis perkataan sama 50 kali
Sebelum ini, si ibu buat laporan polis terhadap seorang guru kerana merotan tapak tangan anak perempuannya (Tahun 5) kerana tidak membawa kerja sekolah ke sekolah. Kali ini, dia tampil membuat laporan polis kedua ke atas guru yang sama.
Menurut Huang, guru itu telah menukar hukuman rotan kepada hukuman menulis perkataan sama sebanyak 50 kali. Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya sebaik saja pulang dari sekolah, Selasa lalu.
Murid itu memaklumkan, gurunya menukar hukuman itu setelah ibunya membuat aduan dan laporan polis. Huang yang tidak berpuas hati dengan perkara itu tampil membuat laporan polis buat kali kedua.
Sumber: thereporter
Tags:
Berita