Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2019 kepada 10 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.
Kesemua penerima biasiswa itu dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi serta sains dan teknologi di pelbagai universiti tempatan dan luar negara.
Enam yang menerima biasiswa bagi pengajian PhD ialah Saira Bannu Baharuddin, pelajar Geosains Petroleum di Imperial College London, United Kingdom; R. Harishini (Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM); Nur Liyana Mohammed Yusof (Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Muhammad Ammar Muhammad Sani (Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Qistina Mohamad Ludin (Tenaga Keterbaharuan, UKM) dan Nik Syahirah Aliaa Nik Sharifulden (Kejuruteraan Biomedikal, USM).
http://www.kosmo.com.my/negara/sultan-nazrin-kurnia-biasiswa-kepada-10-pelajar-1.929315?fbclid=IwAR3qrtyjVnJX3tQURjz0lx0ubq1NPTyC_OuNiLUOPdCz1-rXdAAagq5MXUk
Tags:
Berita