Ringkasan Tugas Perkhidmatan Polis (Y)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Polis di dalam Skim Perkhidmatan Gred Y



1.    Pegawai Kanan Polis

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

2.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang, pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

3.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli

    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan seperti penguatkuasaan undang-undang mengekalkan keamanan dan keselamatan di pedalaman dan sempadan, penyiasatan dan pendakwaan, mengumpul risikan keselamatan dan mencegah dan mengesan jenayah.

4.    Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

    Sarjan: Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.


    Konstabel: Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas. Antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post