Ringkasan Tugas Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman (L)

Senarai Ringkasan Tugas Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman di dalam Skim Perkhidmatan Gred L




1.    Jurubahasa
-

2.    Penolong Pegawai Syariah

    Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, keurusetiaan, perancangan dan penyelidikan berkaitan undang-undang syariah di peringkat jabatan/ mahkamah/ bahagian berkaitan seperti menyelaras pendaftaran dan menguruskan hal-hal berkaitan kes mal, jenayah dan faraid, menyelenggara urusan perjalanan Mahkamah Rendah Syariah dan pendakwaan serta membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh Mahkamah.

3.    Penolong Pegawai Undang-Undang

    Bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

4.    Pembantu Syariah

    Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perkeranian di peringkat Kumpulan Sokongan berkaitan pengurusan undang-undang syariah seperti urusan pendaftaran kes rayuan mal Mahkamah Tinggi Syariah, kes rayuan jenayah syariah, menguruskan saman dan sapina, membantu menyediakan dokumen-dokumen kes dan menyelenggara jadual perbicaraan hakim.

5.    Pembantu Tadbir (Undang-Undang)

    Bertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan. Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam. Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil. Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS). Menyediakan laporan bulanan statistik kes.

6.    Jurubahasa

    Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.

7.    Pegawai Syariah

    Bertanggungjawab memperkasa dan mengusahakan penyeragaman undang-undang syariah, memartabat sistem E-Syariah, melakukan penyelidikan isu-isu semasa dan keperluan Mahkamah Syariah dan menguruskan dana khas kerajaan berdasarkan perintah Mahkamah Syariah serta khidmat nasihat yang berkaitan dengannya. Menyebut, membicara, membuat keputusan/ penghakiman terhadap kes-kes syariah termasuklah kes-kes yang boleh diselesaikan secara ‘sulh’ di samping mengawasi perjalanan pentadbiran Mahkamah Syariah. Memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu-isu semasa yang melibatkan kemaslahatan umat Islam. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan perundangan syariah kepada orang awam dan mengendalikan kes-kes syariah kepada mereka yang layak. Mengendalikan kes-kes berkaitan kesalahan syariah dan menjalankan pendakwaan bagi kes-kes berkaitan di Mahkamah Syariah.

8.    Pegawai Undang-Undang

    Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post