Senarai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini

Senarai Lengkap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini


Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan Ketua Utama Negara yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Berikut ialah Senarai Lengkap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini :

Yang di-Pertuan Agong Pertama

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Darjah Kebesaran : D.M.N., S.M.N.
Negeri : Negeri Sembilan
Tempoh Perkhidmatan : 31.08.1957 - 01.04.1960


Yang di-Pertuan Agong Kedua

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Darjah Kebesaran : D.M.N., D.K. (Brunei)
Negeri : Selangor
Tempoh Perkhidmatan : 14.04.1960 - 01.09.1960


Yang di-Pertuan Agong Ketiga

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Darjah Kebesaran : D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei)
Negeri : Perlis
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1960 - 20.09.1965


Yang di-Pertuan Agong Keempat

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K. (Perak), D.K. (Pahang)
Negeri : Terengganu
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1965 - 20.09.1970


Yang di-Pertuan Agong Kelima

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S.
Negeri : Kedah
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1970 - 20.09.1975


Yang di-Pertuan Agong Keenam

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Darjah Kebesaran : D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak),
Negeri : Kelantan
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1975 - 29.03.1979


Yang di-Pertuan Agong Ketujuh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
Darjah Kebesaran : D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa(Korea Selatan), HON. D.Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA)
Negeri : Pahang
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1979 - 25.04.1984


Yang di-Pertuan Agong Kelapan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Darjah Kebesaran : D.K.
Negeri : Johor
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1984 - 25.04.1989


Yang di-Pertuan Agong Kesembilan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P.
Negeri : Perak
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1989 - 25.04.1994


Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak),
Negeri : Negeri Sembilan
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1994 - 25.04.1999


Yang di-Pertuan Agong Kesebelas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N. (Melaka), P.J.K., The Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Gran Collar (Columbia), Hon. D. Litt (UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology (Univeristy Thammasat, Thailand)
Negeri : Selangor
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1999 - 21.11.2001


Yang di-Pertuan Agong Keduabelas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Darjah Kebesaran : D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) – Cambodia, Grand Croix De L'Order (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Decoration of Omayad – The Finest Decoration (Syria)
Negeri : Perlis
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2001 - 12.12.2006


Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Darjah Kebesaran : D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia)
Negeri : Terengganu
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2006 - 12.12.2011


Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Darjah Kebesaran : D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand)
Negeri : Kedah
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2011 - 12.12.2016


Yang di-Pertuan Agong Kelimabelas

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
Darjah Kebesaran : D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.(Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Negeri : Kelantan
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2016 - 06.01.2019


Yang di-Pertuan Agong Keenambelas

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Darjah Kebesaran : D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T.
Negeri : Pahang
Tempoh Perkhidmatan : 31.01.2019 - Kini



Post a Comment

Previous Post Next Post