Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini


Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang akan menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong selama apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selama apa-apa tempoh semasa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak ada di dalam Persekutuan atau kerana apa-apa sebab lain, tetapi Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi itu semasa Yang di-Pertuan Agong tidak berdaya atau tidak ada di dalam Persekutuan selama tempoh yang dijangka kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau suai manfaat untuk menjalankan fungsi itu.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, atau jika dipilih dalam tempoh yang baginya Yang di-Pertuan Agong dipilih, bagi baki tempoh itu, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

 Berikut ialah Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong 1957 - Kini :

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Pertama

Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Selangor
Tempoh Perkhidmatan : 31.08.1957 - 01.04.1960


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kedua

Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Perlis
Tempoh Perkhidmatan : 14.04.1960 - 01.09.1960


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ketiga

Almarhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Terengganu
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1960 - 20.09.1965


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Keempat

Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1965 - 20.09.1970


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kelima

Almarhum Al-Sultan Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Kelantan
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1970 - 20.09.1975


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Keenam

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
Pahang
Tempoh Perkhidmatan : 21.09.1975 - 29.03.1979


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ketujuh

Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1979 - 25.04.1984


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kelapan

Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Perak
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1984 - 25.04.1989


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kesembilan

Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1989 - 25.04.1994


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Selangor
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1994 - 25.04.1999


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kesebelas

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Terengganu
Tempoh Perkhidmatan : 26.04.1999 - 12.12.2001


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Keduabelas

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Terengganu
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2001 - 12.12.2006


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ketigabelas

Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Kedah
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2006 - 12.12.2011


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Keempatbelas

Sultan Muhammad V
Kelantan
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2011 - 12.12.2016


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Kelimabelas

Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah
Perak
Tempoh Perkhidmatan : 13.12.2016 - 06.01.2019


Timbalan Yang di-Pertuan Agong Keenambelas

Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah
Perak
Tempoh Perkhidmatan : 31.01.2019 - Kini



Post a Comment

Previous Post Next Post