ANGGOTA POLIS PUTUS JARI TERSANGKUT BREK MOTOSIKAL SUSPEK DADAH

ANGGOTA POLIS PUTUS JARI TERSANGKUT BREK MOTOSIKAL SUSPEK DADAH


Georgetown, 1 Ogos 2019 - Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengalami putus jari manis selepas tersangkut pada brek cakera sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Spice Arena, Bayan Baru, dekat sini, malam Selasa lalu.

Kejadian berlaku ketika Koperal Kamarul Norau dari Balai Polis Bayan Baru bersama beberapa rakan setugas sedang mengangkat sebuah motosikal yang ditinggalkan dua suspek kes dadah ke dalam kenderaan polis sebagai barang rampasan.

"Saya hanya menyedari jari berkenaan putus selepas selesai mengangkat motosikal tersebut," jelas beliau yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dimaklumkan oleh doktor ia (jari) tidak dapat disambung semula.

Motosikal berkenaan ditinggalkan selepas suspek dikejar kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut untuk membunuh anggota polis yang terlibat dalam Op Ice Breaker.

Op Ice Breaker merupakan operasi besar-besaran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi menumpaskan kegiatan pengedaran, penyeludupan dan penagihan dadah dalam negara.

Sumber:
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2591555857521372/


Post a Comment

Previous Post Next Post