Balai Polis Bukit Besi, Dungun, Terengganu

INFO BALAI: BALAI POLIS BUKIT BESI




Balai Polis Bukit Besi pada asalnya dibina di tapak kawasan perumahan kakitangan pekerja lombong Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) yang mana keanggotaan balai pada ketika itu hanya ada seorang Ketua Polis Balai yang berpangkat Koperal dan enam orang mata-mata atau Konstabel.

Namun begitu, setelah Syarikat EMMCO menamatkan operasinya pada tahun 1970, bangunan balai dan tapak perumahan kakitangan pekerja lombong dirobohkan sebelum diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

KETENGAH kemudiannya membangunkan semula kawasan tersebut dengan rumah-rumah kos rendah sebagai penempatan baharu di mana salah satu daripadanya telah disewakan kepada pihak polis untuk dijadikan Balai Polis Bukit Besi.

Sejajar dengan pertambahan kepadatan penduduk di kawasan sekitarnya, sebuah balai telah dibina sekitar penghujung tahun 2004 dan beroperasi awal tahun 2007 bagi menggantikan balai polis sedia ada.

Balai Polis Bukit Besi yang baharu telah dirasmikan oleh bekas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Wira Ayub Haji Yaakob pada 16 Ogos 2014.

Kekuatan keanggotaan Balai Polis Bukit Besi, Dungun ialah seramai  sembilan orang dan diketuai oleh pegawai polis berpangkat Sarjan Mejar (SM).

Alamat: Balai Polis Bukit Besi, 23200 Dungun, Terengganu

Telefon: 09-8337222

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2415851631758463&id=161086313901684

Post a Comment

Previous Post Next Post