Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan tahun 2019

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan tahun 2019.






Menurut kenyataan media tersebut, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2019 akan dikeluarkan pada hari Rabu, 28 Ogos 2019.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka dengan cara berikut:

1. Menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan

2.Menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPMU tahun 2019 melalui mySMS 15888

3. Melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di alamat sppat.moe.gov.my/semakan

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 28 Ogos 2019 dan ditamatkan pada jam 6 petang, 3 September 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post