Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Universiti Jordan 2019 / 2020

Kenyataan media KPM mengenai keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di Jordan bagi sesi 2019/2020.

KENYATAAN MEDIA KPM MENGENAI KEPUTUSAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI-UNIVERSITI DI JORDAN SESI 2019 / 2020
1. Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti- Universiti di Jordan bagi Sesi 2019/2020 yang selaraskan oleh Bahagian Education Malaysia boleh dibuat atas talian di http://dohe.moe.gov.my/timurtengah bermula pada 14 Ogos 2019 (Rabu) selepas jam 12.00 tengah hari.
2. Memandangkan pendaftaran semester baru bagi universiti di Jordan bermula antara 14 September 2019, Bahagian Education Malaysia Jordan (EMJ) menetapkan tarikh ketibaan pelajar baru ke Jordan adalah bermula pada 29 Ogos 2019 hingga 5 September 2019.
3. Bahagian Education Malaysia Jordan juga memohon kerjasama calon-calon melengkapkan segera Maklumat Penerbangan Dan Ketibaan Pelajar Malaysia ke Jordan 2019/2020 sebaik sahaja memiliki tiket penerbangan melalui facebook EMJ (EMJordan Mohe)
4. Maklumat ini diperlukan bagi tujuan menyelaras urusan pengangkutan, penempatan dan pendaftaran pelajar di universiti. Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan tersebut tergendala dan akan menjejaskan proses kemasukan ke universiti.
5. Bagi urusan permohonan visa ke Jordan adalah percuma dan boleh diperolehi di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.
6. Sebarang pertanyaan dan maklumat umum berkaitan keputusan permohonan sesi 2019/2020 boleh menghubungi :-
BAHAGIAN EDUCATION MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAUNTER 4, ARAS G,
MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel  :  03-8870 6226/ 6627
Laman Sosial Facebook : EMJordan Mohe
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

13 OGOS 2019


Semakan keputusan boleh dibuat di pautan berikut :
http://dohe.moe.gov.my/timurtengah


Sumber:
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2532478356790811/


Post a Comment

Previous Post Next Post