Panduan Sekolah Menangani Jerebu mengikut Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019

Panduan Sekolah Menangani Jerebu mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019


Jerebu melanda lagi di negara kita baru-baru ini. Tahukah anda KPM telah mengedarkan garis panduan bagi sekolah bagi menghadapi situasi jerebu ini?



Panduan tersebut terkandung di dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 15 Januari 2019.

Panduan tersebut antara lain menyebut:

1. Semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah dihentikan jika IPU melebihi 100.

2. Semua sekolah yang berada di dalam daerah / kawasan hendaklah ditutup serta-merta apabila IPU melebihi 200. Pada situasi ini murid tidak perlu datang ke sekolah, tetapi guru dan kakitangan perlu bertugas seperti biasa.

3. Guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah apabila IPU melebihi 500.

Selanjutnya bolehlah merujuk kepada surat siaran di bawah untuk rujukan lanjut :








Muat turun / Download Panduan Sekolah Menangani Jerebu mengikut Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019



Post a Comment

Previous Post Next Post