220 sekolah dan IPT di daerah Muar dan Tangkak tutup pada 15 September 2019 kerana jerebu

TANGKAK:  Semua 220 sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di daerah Muar dan Tangkak, Johor diarah tutup Ahad berikutan jerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Bacaan IPU daerah Tangkak setakat jam 9 malam


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penutupan itu membabitkan lebih 40,000 pelajar keseluruhannya.

Beliau berkata, jumlah itu masing-masing melibatkan 129 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar, dan 82 buah sekolah di bawah PPD Tangkak.

Manakala selebihnya membabitkan IPT termasuk pusat matrikulasi.

Baca selanjutnya :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-semua-220-sekolah-ipt-di-tangkak-dan-muar-ditutup-esok-217534?amp=1&__twitter_impression=true


Post a Comment

Previous Post Next Post