Balai Polis Song, Song, Sarawak

INFO BALAI: BALAI POLIS SONG



Balai Polis Song, Sarawak dibina pada tahun 1972 di atas tapak seluas 2.12 hektar dan telah dirasmikan oleh Menteri Muda Dalam Negeri ketika itu, Datuk Haji Abdul Samad Idris pada 18 Mac 1975.

Balai polis yang terletak di muara Sungai Katibas itu lengkap dengan dua buah blok pentadbiran, 11 unit berek dan tiga kuarters kediaman.

Kawasan pentadbirannya pula seluas 3935.19 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 22,864 orang.

Kini, balai tersebut dianggotai seramai 17 Pegawai Rendah Polis yang diketuai oleh seorang berpangkat Sarjan.

Alamat: Balai Polis Song, 96850 Song, Sarawak.

Talian Telefon: 084 777222


Sumber :
https://www.facebook.com/161086313901684/posts/2672875969389360/


Post a Comment

Previous Post Next Post