SISTEM PENGURUSAN INDEKS PENCEMARAN UDARA MALAYSIA (APIMS) SEBAGAI RUJUKAN RASMI BAGI BACAAN STATUS KUALITI UDARA DAN JEREBU DALAM NEGARA
Bacaan Air quality index (AQI) yang dikeluarkan oleh AirVisual adalah menggunakan sensor sahaja justeru bacaan dianggap tidak tepat berbanding bacaan IPU JAS yang mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).
Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah sejajar dengan piawaian antarabangsa dan digunapakai di kebanyakan negara menjurus ke arah kelestarian Alam Sekitar.
Bacaan IPU yang disalurkan melalui JAS adalah merupakan bacaan IPU rasmi negara dan data-data tersebut telah ditentusahkan sebelum dipamerkan kepada orang awam.
Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1269201343242007&id=216521635176655