Kenyataan media Penangguhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
Susulan daripada kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad dan Isnin. Oleh itu, KPM telah menangguhkan beberapa kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang terlibat pada hari Isnin iaitu:
1. PT3 Bahasa Melayu kertas 1 dan Bahasa Melayu kertas 2 yang dijadualkan pada 30 September 2019 ditangguhkan pada 9 Oktober 2019
2. PAV bahasa Melayu Komunikasi dan English for Communication yang dijadualkan pada 30 September 2019 ditangguhkan pada 3 Oktober 2019
Sumber :
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2621850901186889/