PENANGGUHAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019 PADA 30 SEPTEMBER 2019

PENANGGUHAN  UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019 PADA 30 SEPTEMBER 2019


1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap KDYMM Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat Diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

2. Berikutan pengisytiharan Kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 September 2019 sebagai Cuti Peristiwa, JAKIM memutuskan  peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syari'ah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin) bagi seluruh negara.

3. Penangguhan ini bagi menghormati perkabungan  kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Sekian

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
28 September 2019

Sumber :
https://www.facebook.com/155056204544957/posts/2661277697256116/

Post a Comment

Previous Post Next Post