Permulaan fasa peralihan monsun pada 24 September 2019

Siaran Media: Permulaan fasa peralihan monsun pada 24 September 2019


Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2019 dan berterusan sehingga awal November 2019. Dalam tempoh ini kawasan serantau negara akan menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan yang lemah dan berpotensi untuk pembentukan awan ribut petir.

Semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca yang selalu berlaku adalah ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak. Sehubungan dengan itu, cuaca berjerebu yang melanda negara dijangka bertambah baik.






Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2344513035598646&id=153854517997853

Post a Comment

Previous Post Next Post