Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2019

Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.



Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini bermula 24 hingga 26 September telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg.  Dr. Ahmad Rafee Che Kassim yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pagi tadi.

Objektif persidangan kali ini adalah untuk menguar-uarkan perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia samada di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, Intstitut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Universiti Awam.

Sumber :
https://www.facebook.com/552890381416295/posts/2613286968709949/


Post a Comment

Previous Post Next Post